Pada 16 Januari 2026 (Jumaat), pihak Musolla At-Taqwa SK Putra Heights 2 bersama Panitia Agama Islam telah mengadakan Majlis Sambutan Israk Mikraj
Majlis dimulai dengan bacaan Yasin yang dipimpin oleh Ustaz Mohd Naim bin Ismail. Kemudian, diikuti bacaan doa oleh Ustaz Mohd Shukri bin Ahmad Termizi. Seterusnya ucapan Guru Besar SK Putra Heights 2, En. Mohd Halim bin Dukimin. Kemudian, diteruskan dengan persembahan nasyid oleh murid-murid.
Selepas itu, acara kemuncaknya ialah ceramah Israk Mikraj yang disampaikan oleh Ustaz Muhamad Haffiz bin Hashim beserta kuiz. Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada pemenang kuiz.
Pada sebelah petang, ceramah Israk Mikraj disampaikan oleh Ustaz Syahrul Idham bin Sarman. Majlis telah dirasmikan oleh Penolong Kanan Petang, Puan Nor Hana Hafizah binti Mohd Sedik.



.jpg)
.jpg)
.jpg)





0 comments:
Post a Comment