Friday 17 June 2022

MAJLIS BACAAN YASIN MINGGUAN SKPH2 (17 Jun 2022)

Pada 17 Jun 2022 (Jumaat), pihak Musolla At-Taqwa SK Putra Heights 2 bersama Panitia Agama Islam telah mengadakan majlis bacaan yasin mingguan secara bersemuka buat pertama kalinya untuk semua murid.

Bacaan yasin telah dipimpin oleh Ustaz Mohd Shukri bin Ahmad Termizi diiringi doa buat guru yang dapat pergi menunaikan ibadah haji pada tahun ini.

Wednesday 18 May 2022

IHYA RAMADAN: Majlis Penutup & Khatam Al-Quran (29 April 2022)

Pada 29 April 2022 (Jumaat), Majlis penutup ihya ramadan dan khatam al-Quran SK Putra Heights 2 telah diadakan di Dewan Terbuka sekolah dengan kerjasama PIBG SK Putra Heights 2. Majlis telah disertai oleh murid-murid tahap 2 yang telah khatam al-Quran yang dipimpin oleh Ustaz Mohd Naim bin Ismail. Terdapat juga persembahan Daie Cilik daripada murid-murid tahap 2.






Friday 22 April 2022

IHYA RAMADAN: Bacaan Yasin (22 April 2022)

Pada 22 April 2022 (Jumaat), bacaan yasin Musolla At-Taqwa SK Putra Heights 2 telah diadakan bagi mengisi aktiviti Ihya Ramadan di samping memberi syifa,  kesembuhan dan dipermudahkan urusan yang dipimpin oleh wakil murid 6 Rebana dan dipantau oleh guru bertugas.

IHYA RAMADAN: Pogram Marathon Nuzul Al-Quran SKPH2 (18 April 2022)

Pada 18 April 2022 (Isnin), Program Marathon Nuzul Al-Quran SKPH2 telah diadakan bagi mengisi aktiviti Ihya Ramadan di samping memupuk sifat sabar, tekun membaca dan dapat memperbaiki bacaan murid serta mendapat ganjaran pahala berganda di bulan yang mulia.

Majlis Pelancaran Ihya Ramadan SKPH2 (1443H/2022M)

Pada 1 April 2022 (Jumaat), Majlis Pelancaran Ihya Ramadan Musolla At-Taqwa SK Putra Heights 2 telah diadakan bagi memperkenalkan program-program dan pengisian sepanjang bulan Ramadan kepada seluruh warga SK Putra Heights 2. Majlis telah disempurnakan oleh Ybhg. Guru Besar SK Putra Heights 2, En. Abd Rashid bin Razali.